ahlan wasahlan

bismillahrrahmanirrahim

Saturday, May 28, 2011

Saf ketika solat

Saf...
Perkataan atau ungkapan yang sering kali kita dengar ketika hendak menunaikan solat secara berjemaah sahaja...solat sec
ara bersendirian tidak termasuk....
Sebelum mengangkat takbir...kebiasaannya para imam akan kata "lurus dan rapatkan saf"


Saf adalah perkataan dalam bahasa arab yang bermaksud barisan dalam bahasa melayunya...jadi apa yang pentingnya tentang saf ini?
Saf merupakan salah satu perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam solat jemaah...hal ini kerana saf yang sempurna sesungguhnya akan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah. Oleh itu, kita tidak boleh memandang ringan terhadap saf yang tidak teratur kerana secara tidak langsung ia mempengaruhi barakah Allah.
Berbincang soal saf ini...jadi, saf manakah yang paling baik untuk wanita terutamanya??

Sesungguhnya Nabi S.A.W pernah bersabda :

"Sebaik-baik saf bagi lelaki adalah saf yang paling awal, dan yang seburuk-buruknya adalah yang paling akhir, dan sebaik-baik saf bagi wanita adalah yang paling akhir, dan seburuk-buruknya adalah yang paling akhir."

Tetapi,bagaiman pula jika terdapat hijab atau dinding antara lelaki dan wanita? Adakah hadis di atas masih berlaku?

Jelas sekali bahawa alasan sebaik-baik saf bagi wanita adalah yang paling belakang kerana berada lebih jauh dari lelaki. Semakin jauh jarak wanita dari lelaki lebih baik dan lebih suci dirinya dan kehormatannnya. Hal ini juga dapat memelihara dirinya dari kejahatan yakni keburukan. Namun, jika terdapat hijab atau dinding yang memisahkan antara wanita dan lelaki, dan percaya masih boleh mengikut imam, dalam keadaan ini...mengikut pendapat yang paling kuat adalah bahawa sebaik-baik saf wanita adalah yang paling depan kerana dia lebih maju dan dekat dengan kiblat. InsyaAllah.

Sesungguhnya setiap sesuatu perkara yang kita lakukan mestilah didasari dengan niat yang ikhlas kerana Allah terlebih dahulu. "Innamal a'mal lu binniat" yang bermaksud sesungguhnya setiap perbuatan yang dilakukan beserta dengan niat. Oleh itu, marilah kita bersama-sama renung-renungkanlah dan selamat beramal. Semoga kita dijauhi dari kemungkaran Allah. Amin... Wallahu alam...

Saturday, May 14, 2011

Al-Quran sebagai pembela di hari akhirat


Abu Umamah r.a berkata:

“Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Quran.” Telah bersabda Rasulullah S.A.W :

Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti ia akan datang kepada ahli-ahlinya , yang mana dikala itu orang sangat memerlukannya.” Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, “ Kenalkah kamu kepadaku?” Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : “Siapakah kamu?”

Maka berkata Al-Quran :

“Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari.”

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu : “Adakah kamu Al-Quran?” Lalu Al-Quran mengakui dan membawa orang yang pernah membaca menghadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian ia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : “Dari manakah kami memperoleh ini semua, padahal kami tidak sampai ini?” Lalu dijawab : “ Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran.”

Thursday, May 12, 2011

Kisah Luqman Hakim dengan Telatah Manusia

Assalamualaikum....alhamdulillah kerana Allah masih memberikan saya kudrat untuk 'create new post'...kali ini saya igin berkongsi kisah tentang nasihat Luqman Hakim kepada anak-anaknya....kisah ini mungkin kita pernah dengar dari kecil lagi...mungkin ustaz, ustazah bercerita ketika kita masih di sekolah rendah atau sekolah menengah lagi....antara ingat atau tidak sahaja. Almaklumlah...manusia sering lupa. Justeru, kita perlulah saling ingat -mengingati antara satu sama lain. Alkisahnya....

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, sesetengah orang berkata, "Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa , sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki. "Setelah mendengarkan desa-desus dari orang ramai, maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menikmati himar itu, sungguh kurang adab anak itu. "Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat dua orang menunggang seekor himar,adalah sungguh menyeksakan himar itu. "Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak ditunggangi."

Dalam perjalanan kedua beranak itu ke rumah, Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangan dalam tiap-tiap satu."

KemudianLuqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak enjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya) orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."






Tuesday, May 3, 2011

Ashabul Kahfi

Mungkin ada yang pernah mendengar kisah tentang ashabul kahfi dan mungkin juga ada yang tidak pernah mendengarnya. Ashabul kahfi ini berkisarkan tentang kisah pemuda beriman. Kisah ini begitu termasyhur .

Dengan kekuasaan Allah S.W.T menidurkan sekelompok pemuda yang berlindung di sebuah gua selama 309 tahun. Ashabul Kahfi adalah para pemuda yang diberi taufik dan ilham oleh Allah S.W.T sehingga mereka beriman dan mengenal Rabb mereka. Mereka mengingkari keyakinan yang dianut oleh masyarakat mereka yang menyembah berhala. Mereka mengatakan:

رَبُّنَا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ لَنْ نَدْعُوَ مِنْ دُوْنِهِ إِلَهًا لَقَدْ قُلْنَا إِذًا شَطَطًا
“Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi, kami sekali-kali tidak akan menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang jauh.” (Al-Kahfi: 14)

Allah S.W.T menyebutkan perkataan mereka selanjutnya:

هَؤُلاَءِ قَوْمُنَا اتَّخَذُوا مِنْ دُوْنِهِ آلِهَةً لَوْلاَ يَأْتُوْنَ عَلَيْهِمْ بِسُلْطَانٍ بَيِّنٍ فَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَى عَلَى اللهِ كَذِبًا
“Kaum kami ini telah mengambil sesembahan-sesembahan selain Dia. Mereka tidak mengajukan alasan yang terang (tentang keyakinan mereka?) Siapakah yng lebih dzalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah?”
(Al-Kahfi: 15)

Mereka berdoa kepada Allah agar memudahkan urusan mereka:

رَبَّنَاآتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
“Wahai Rabb kami, berilah kami rahmat dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami.”
(Al-Kahfi: 10)

Mereka pun menyelamatkan diri ke sebuah gua yang telah Allah mudahkan bagi mereka. Gua itu cukup luas dengan pintu menghadap ke utara sehingga sinar matahari tidak langsung masuk ke dalamnya. Kemudian mereka tertidur dengan perlindungan dan pegawasan dari Allah selama 309 tahun. Allah buatkan atas mereka pagar berupa rasa takut meskipun mereka sangat dekat dengan kota tempat mereka tinggal. Allah Subhanahu wa Ta’ala sendiri yang menjaga mereka selama di dalam gua.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَنُقَلِّبُهُمْ ذَاتَ الْيَمِيْنِ وَذَاتَ الشِّمَالِ
“Dan Kami bolak-balikkan mereka ke kanan dan ke kiri.”
(Al-Kahfi: 18)

Demikianlah agar jasad mereka tidak dirosak oleh tanah. Setelah tertidur sekian ratus tahun lamanya, Allah S.W.T membangunkan mereka لِيَتَسَاءَلُوا (agar mereka saling bertanya), dan supaya mereka pada akhirnya mengetahui hakikat yang sebenarnya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

قَالَ قَائِلٌ مِنْهُمْ كَمْ لَبِثْتُمْ قَالُوا لَبِثْنَا يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ قَالُوا رَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا لَبِثْتُمْ فَابْعَثُوا أَحَدَكُمْ بِوَرِقِكُمْ هَذِهِ إِلَى الْمَدِْينَةِ
“Berkatalah salah seorang dari mereka: ‘Sudah berapa lama kalian menetap (di sini)?’ Mereka menjawab: ‘Kita tinggal di sini sehari atau setengah hari.’ Yang lain berkata pula: ‘Rabb kalian lebih mengetahui berapa lamanya kalian berada (di sini). Maka suruhlah salah seorang di antara kalian pergi ke kota membawa uang perakmu ini’.”
(Al-Kahfi: 19)

Pemandangan Gua Kahfi dari dalam


Pintu muka gua

Mari hayati lagu Raihan ini....


Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Melarikan diri kedalam gua
Demi menyelamatkan iman

Disangka tidur hanya sehari
Rupanya 309 tahun
Zaman bertukar beberapa kurun
Di bumi bersejarah Urdhu

Begitulah kuasa Ilahi
Kepada ashabhul kahfi
Tiada mustahil di dunia ini
Jika kita beriman dan bertakwa

Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Tulang belulang berserakan
Tulah dari binatang tunggangan
Juga anjing yang dinjanjikan surga
Qitmir yang mulia

Santai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

Setelah sekian lama menyepi...Alhamdulillah kerana kita masih dipanjangkan umur oleh-Nya untuk merasai nikmat-Nya dan hidup di dalam kasih sayang-Nya yang tidak ternilai...insyaAllah....Hmm...kali ini saya ingin mempromosikan novel yang agak menarik yang berkisarkan tentang persahabatan. Indahnya persahabatan berpaksikan keimanan.....jalan ceritanya amat menarik dan memberikan banyak pengajaran...insyaAllah....

Tajuk novel ini SINERGI....ditulis oleh Hilal Asyraf


Sinopsis:

Ukhuwah dua sahabat, Asid dan Irfan yang belajar di
Universiti Yarmouk, Jordan memberi kesan kepada pelajar lain. Konflik mula timbul apabila mereka sama-sama jatuh cinta kepada Sara. Asid cuba beralah tapi terasa sukar. Lalu ukhuwah mereka terganggu. Ditambah kerenah Kumpulan Disaster Five. Tambah rumit apabila Irfan terjebak dalam perangkap Secret. Untuk mengetahui lebih lanjut....dapatkan novel ini di pasaran sekarang....best!!! Rugi kalau tak baca :)

Saturday, April 9, 2011

Bicara Kata

Bismillahirrahmanirrahim.....
Kali ini saya ingin berkongsi senikata lagu nasyid yang pada pendapat saya menarik untuk didengari....lagu ini dinyanyikan oleh kumpulan inteam....lagu ini merupakan salah satu lagu kegemaran saya....disamping berhibur, marilah kita bersama-sama menghayati lirik lagu ini...

inilah kumpulan inteam....:)



Manis bicara indah tutur kata
Tak seindah rupa pengertiannya
Lembutnya lidah mengata nista
Lidah yang tiada bertulang
Mengadu domba
Serta memfitnah sesama saudara

Terkadang aku berfikir sendirian
Perlukah amarahku dibiar terus menyala
Membakar membara dengan rasa bangga
Mencela mereka dengan kata-kata

Kata ibarat pedang
Yang tajamnya bisa membunuh lawan
Kata-kata yang berhikmah
Menyedarkan kita

Kata madah pujangga
Bisa menjadi pedoman manusia
Jagalah bahasa kata kita
Jangan disalah guna

Yang merah itu saga
Yang kurik itu kendi
Yang indah itu bahasa
Yang cantik budi pekerti

Terkadang aku mentaksir manusia
Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati
Mencerca, menghina, dustanya bicara
Menyusun nista dengan kata-kata

Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata buruk padahnya
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata hilang percaya
Hilang percaya...

Monday, January 17, 2011

Sekadar Renungan....

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

Hmm...kali ini saya ingin berkongsi ayat-ayat pujangga yang agak menarik perhatian saya bila saya membacanya...
Kata-kata ini dipetik daripada novel Tautan Hati oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin

untuk dijadikan renungan bersama....insyaAllah...


Jika sepasang kekasih berdating di taman,
Kita tidak sabar-sabar berdating dalam halaqoh,
Jika sepasang kekasih bercumbuan dalam sembunyi di bawah cahaya rembulan,
berdua-duaan,jauh dari orang,
Kita berkasih sayang dalam sembunyi dan terang tanpa rasa takut dan bimbang
Jika sepasang kekasih bermain madah berhelah,
Kita berhibur dengan madah kalamullah,
Jika kekasih sering memadu kasih atas rangsangan nafsu,
Kita berkasih atas landasan ukhwahfillah bebas daripada dorongan nafsu semata,
Jika sepasang kekasih akan menunaikan apa sahaja kemahuan kekasihnya,
Kita pula berusaha sedaya upaya menunaikan kemahuan Pencipta kita,
Jika sepasang kekasih sentiasa saling menjaga hati,
Kita sentiasa saling menjaga akhlak dan pekerti sesama,
saling nasihat-menasihati agar makin berkualiti,
Jika sepasang kekasih merasakan dunia ini milik mereka yang punya,
Kita sentiasa menyedari hakikat dunia ini Allah yang punya,
Jika sepasang kekasih sanggup mengorbankan harta,
keluarga dan maryah demi cinta,
Kita sanggup mengorbankan segala-galanya demi cinta agung-Nya,
dalam masa yang sama mencintai keluarga dan memelihara maruah setingginya...(",)

kata-kata ini mungkin biasa...tapi ia mempunyai maksud yang mendalam....semoga ia mampu mebuka hati yang membaca.....semoga kita sentiasa berada di bawah payung rahmat-Nya...insyaAllah....dengan izin Allah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...