ahlan wasahlan

bismillahrrahmanirrahim

Monday, January 17, 2011

Sekadar Renungan....

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

Hmm...kali ini saya ingin berkongsi ayat-ayat pujangga yang agak menarik perhatian saya bila saya membacanya...
Kata-kata ini dipetik daripada novel Tautan Hati oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin

untuk dijadikan renungan bersama....insyaAllah...


Jika sepasang kekasih berdating di taman,
Kita tidak sabar-sabar berdating dalam halaqoh,
Jika sepasang kekasih bercumbuan dalam sembunyi di bawah cahaya rembulan,
berdua-duaan,jauh dari orang,
Kita berkasih sayang dalam sembunyi dan terang tanpa rasa takut dan bimbang
Jika sepasang kekasih bermain madah berhelah,
Kita berhibur dengan madah kalamullah,
Jika kekasih sering memadu kasih atas rangsangan nafsu,
Kita berkasih atas landasan ukhwahfillah bebas daripada dorongan nafsu semata,
Jika sepasang kekasih akan menunaikan apa sahaja kemahuan kekasihnya,
Kita pula berusaha sedaya upaya menunaikan kemahuan Pencipta kita,
Jika sepasang kekasih sentiasa saling menjaga hati,
Kita sentiasa saling menjaga akhlak dan pekerti sesama,
saling nasihat-menasihati agar makin berkualiti,
Jika sepasang kekasih merasakan dunia ini milik mereka yang punya,
Kita sentiasa menyedari hakikat dunia ini Allah yang punya,
Jika sepasang kekasih sanggup mengorbankan harta,
keluarga dan maryah demi cinta,
Kita sanggup mengorbankan segala-galanya demi cinta agung-Nya,
dalam masa yang sama mencintai keluarga dan memelihara maruah setingginya...(",)

kata-kata ini mungkin biasa...tapi ia mempunyai maksud yang mendalam....semoga ia mampu mebuka hati yang membaca.....semoga kita sentiasa berada di bawah payung rahmat-Nya...insyaAllah....dengan izin Allah

Sunday, January 16, 2011

Taubat


Taubat??? Apa yang dimaksudkan dengan taubat sebenarnya?? Taubat boleh didefinisikan sebagai perbuatan menyesali di atas semua kesalahan atau dosa yang telah dilakukan dan berusaha tidak akan mengulangi dosa yang telah dilakukan. Sebaik-baik taubat adalah taubat nasuha.....

Bercerita tentang taubat,saya ingin berkongsi satu kisah dimana niat taubat menukar arak menjadi madu...

Alkisahnya....

Pada suatu hari,Umar al-Khatab sedang bersiar-siar di lorong-lorong dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan pemuda yang membawa kendi. Pemuda tersebut menyembunyikan kendi tersebut di dalam kain sarung yang diselimutkan di belakangnya. Timbul syak di hati Umar al-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas bertanya, "Apa yang engkau bawa itu?" Kerana panik sebab takut dimarahi Umar yang terkenal dengan ketegasan,pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar iaitu benda yang dibawanya ialah madu. Walhal benda itu ialah khamar !!!

Dalam keadaannya yang bercakap bohong itu pemuda tadi sebenarnya ingin berhenti terus dari terus minum arak. Dia sesungguhnya telah menyesal dan insaf melakukan perbuatan yang ditegah oleh agama itu. Dalam penyesalan itu dia berdoa kepada Allah supaya Umar tidak sampai memeriksa isi kendinya yang ditegah oleh agama itu. Pemuda itu masih menunggu sebarang kata-kata Khalifah,"Kendi ini berisikan madu." Kerana tidak percaya, Umar ingin melihat sendiri isi kendi itu. Rupanya doa pemuda itu telah dimakbulkan oleh Allah ketika itu juga telah menukarkan isi kendi itu kepada madu. Begitu dia berniat untuk bertaubat, dan Allah memberikan hidayah, sehingga niatnya yang ikhlas,ia terhindar dari pergolakan Khalifah Umar Al-Khatab, yang mungkin membahayakan pada dirinya sendiri kalau kendi itu masih berisi khamar.

Allah S.W.T berfirman,

"Seteguk khamar diminum maka tidak diterima Allah amal fardhu dan sunatnya selama tiga hari. Dan sesiapa yang minum khamar segelas,maka Allah tidak menerima solatnya selama empat puluh hari. Dan orang yang tetap minum khamar, maka selayaknya Allah memberinya dari 'Nahrul Khabal'."

Ketika ditanya, "Ya Rasulullah, apakah Nahrul Khabal itu?" Jawab Rasulullah, "Darah bercampur nanah orang ahli neraka !"


Betapa hebatnya hidayah yang Allah berikan kepada mereka yang bertaubat. Oleh itu, marilah kita bersama-sama segera bertaubat apabila melakukan dosa agar hidup kita sentiasa memperoleh hidayah dari-Nya....insyaAllah...bersamalah kita berusaha untuk mendapat keberkatan hidup di dunia serta di akhirat kelak...

Hmm...saya ada satu lagi kisah berkaitan dengan taubat....harap dapat memberikan pengajaran serta teladan kepada yang membaca...aminn....

Diriwayatkan bahawa seorang tukang jagal terpesona dengan budak tetangganya. Suatu saat gadis itu mendapatkan tugas menyelesaikan urusan keluarganya di desa lain. Si tukang jagal lalu mengikutinya dari belakang sampai akhirnya berhasil menemukannya. Si tukang jagal lalu memanggil gadis itu dan mengajaknya menikmati kesempatan yang indah itu. Tetapi gadis itu menjawab, "Jangan lakukan. Meskipun sangat mencintaimu, aku sangat takut kepada Allah." Mendengar jawapan itu, si tukang jagal merasa dunia berputar. Kerana menyesal dan sedar hatinya gementar, kerongkongnya kering dan hatinya semakin berdebar, dia lalu berkata
"Kau takut kepada Allah sedangkan aku tidak."

Dia pulang sambil bertaubat. Dalam perjalanan pulang, dia diserang haus dan nyaris mati. Dia kemudian bertemu seorang soleh. Mereka berjalan bersama. Mereka melihat gumpalan awan berjalan menaungi mereka berdua sampai mereka masuk ke sebuah desa. Mereka berdua yakin bahawa awan itu untuk orang yang soleh. Kemudian mereka berpisah di desa tersebut. Awan itu ternyata condong dan terus menaungi si tukang jagal itu sampai dia tiba di rumahnya. Orang soleh tadi hairan melihat kenyataan ini. Dia lalu mengikuti tukang jagal tadi lantas bertanya kepadanya dan dijawabnya juga di tempat itu. Maka lelaki soleh itu berkata,

"Janganlah hairan terhadap apa yang kau lihat, kerana orang yang bertaubat kepada Allah itu berada di suatu tempat yang tak seorang pun berada di situ."

Subhanallah....hebat bukan ganjaran yang Allah berikan kepada orang yang bertaubat... Bersegeralah kita bertaubat dan janganlah kita melengahkan untuk meninggalkan dosa-dosa yang ditegah dan dilarang oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan penerima taubat...

10 Muharram

Ada apa dengan 10 Muharram ? Hmm...insyaAllah,kali ini saya ingin berkongsi kisah kelebihan berpuasa pada 10 Muharram dan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada hari tersebut....

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda:
"Sesiapa yang berpuasa pada hari A'syura yakni 10 Muharram maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10 000 malaikat, pahala 10 000 orang berhaji dan berumrah dan 10 000 pahala orang mati syahid dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka pada orang mukmin pada hari A'syura, maka seolah-olah dia memberi makan kepada seluruh umat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

Lalu para sahabat bertanya kepada Rasulullah S.A.W :
"Ya Rasulullah, adakah Allah telah melebihkan hari A'syura daripada hari-hari lain?"
Maka Rasulullah S.A.W menjawab :
"Ya, memang benar. Allah menjadikan langit dan bumi pada hari A'syura, menjadikan laut pada hari A'syura, menjadikan bukit-bukau pada hari A'syura, menjadikan Adam dan juga Hawa pada hari A'syura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari A'syura dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim daripada api juga pada hari A'syura, Allah menenggelamkan Fir'aun pada hari A'syura menyembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s pada hari A'syura, Allah menerima taubat Nabi Adam pada hari A'syura, Allah mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari A'syura, Allah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari A'syura dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari A'syura !"

MasyaAllah....marilah kita bersama-sama mengejar keredhaan Allah. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan mengetahui akan sesuatu. Setiap kejadian Allah pasti ada hikmah di sebaliknya. Wallahu a'lam....




Ayat Kursi



Maksudnya : “Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izin-Nya, Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” (Q.s.,al-Baqarah:255)


Ramai di antara kita yang memandang ringan dan endah tak endah terhadap ayat kursi...malah,ada yang langsung tidak mengamalkan ayat kursi dalam kehidupan seharian mereka. Hakikatnya, tanpa kita sedari, ayat kursi ini mempunyai banyak kelebihan apabila kita membacanya dan mengamalkan dalam kehidupan kita. Apa kelebihan ayat kursi?? Inilah apa yang akan kita bincangkan kali ini.

Dari Anas bin Malik r.a berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda: Apabila seseorang dari umatku membaca ayat kursi 12 kali ,kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Quran sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat, dia akan diberikan mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia." Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah yang hendak dibaca setiap hari?" Sabda Rasulullah S.A.W , "Tidak cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat sahaja."

Umat-umat dahulu hanya sedikit sahaja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Quran,hadis atau sunnah Rasul kta. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman. Setiap sesuatu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca ayat kursi. Kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan seangkatannya disamping kita mendapat pahala. Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak ayat-ayat al-Quran yang mempunyai keistimewaannnya. Setiap isi al-Quran itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu, kita sebagai umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Quran, hadis atau sunnah Baginda S.A.W. Sesungguhnya keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan.

Saya ada satu kisah yang ingin saya kongsikan berkaitan dengan ayat Kursi...hmm tajuknya..."Ayat Kursi menjelang tidur"

Abu Hurairah r.a pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan.

Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu berjaya ditangkapnya. “Akan aku adukan kepada Rasulullah S.A.W,” gertak Abu Hurairah. Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian dia merengek-rengek “Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya memerlukan makanan.”

Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukanlah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru.

Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Maka bertanyalah baginda : “Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?” Ia mengeluh, “Ya Rasulullah, bahawa dia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan,” jawab Abu Hurairah.

Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa dia kasihan kepada pencuri itu, lalu dilepaskannya.

“Dia bohong.”

Kata Nabi : “Padahal nanti malam ia akan datang lagi.”

Kerana Rasulullah S.A.W berkata begitu, maka penjagaanya diperketatkan, dan pengawal ditingkatkan. Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini pun tertangkap.

“Akan adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W,” ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun :

“Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi.”

Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun dia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W, dan baginda pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah menegaskan “pencuri itu bohong, dan nanti malam dia akan kembali lagi.”

Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan penuh kewaspadaan dan kepintaran. Mata,telinga dan perasaannya dipasang baik-baik.

Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri di sekelilingnya sudah dua kali dia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti yang dikatakan oleh Rasulullah dan dia berjaya menangkapnya, dia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Dia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu sahaja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah S.A.W? kenapa mahu sahaja dia ditipu olehnya? “Awas!” katanya dalam hati. “Kali ini tidak akan kuberikan ampun.”

Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncuk sesusuk bayangan yang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. “Nah benar juga, dia datang lagi,” katanya dalam hati.

Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah melutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya.

“Kali ini kau pasti aku adukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya,” pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami bahawa kali ini dia tidak akan dilepaskan lagi.

Maka dengan rasa putus asa akhirnya pencuri itu berkata, “Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna.”

“Kalimat-kalimat apakah itu?” tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu.

“Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu… Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi.”

Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang. Dan keesokan harinya, dia kembali menghadap Rasulullah S.A.W untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa malam tadi. Ada seorang pencuri yang mengajarnya kegunaan ayat Kursi.

“Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?” tanya Rasulullah sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segala-galanya. “Dia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu dia saya lepaskan,” jawab Abu Hurairah. “Kalimat apakah itu?” tanya Nabi.

Katanya: “Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan dia katakan pula : “Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati oleh syaitan hingga pagi hari.”

Mendengari cerita Abu Hurairah, Nabi S.A.W berkata, “Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya dia tetap berdusta.” Kemudian nabi S.A.W bertanya pula : “Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam itu?” “Entahlah.” Jawab Abu Hurairah. “Itulah Syaitan.”


Sesungguhnya setiap sesuatu yang Allah jadikan bukanlah perkara sia-sia semata-mata. Oleh itu, marilah kita berusaha untuk mendalami segala hikmah kejadian sesuatu perkara oleh Allah S.W.T. Akhir kata, yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya dan yang baik itu datangnya dari Allah....Wallahu a'lam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...