ahlan wasahlan

bismillahrrahmanirrahim

Sunday, January 16, 2011

Taubat


Taubat??? Apa yang dimaksudkan dengan taubat sebenarnya?? Taubat boleh didefinisikan sebagai perbuatan menyesali di atas semua kesalahan atau dosa yang telah dilakukan dan berusaha tidak akan mengulangi dosa yang telah dilakukan. Sebaik-baik taubat adalah taubat nasuha.....

Bercerita tentang taubat,saya ingin berkongsi satu kisah dimana niat taubat menukar arak menjadi madu...

Alkisahnya....

Pada suatu hari,Umar al-Khatab sedang bersiar-siar di lorong-lorong dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan pemuda yang membawa kendi. Pemuda tersebut menyembunyikan kendi tersebut di dalam kain sarung yang diselimutkan di belakangnya. Timbul syak di hati Umar al-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas bertanya, "Apa yang engkau bawa itu?" Kerana panik sebab takut dimarahi Umar yang terkenal dengan ketegasan,pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar iaitu benda yang dibawanya ialah madu. Walhal benda itu ialah khamar !!!

Dalam keadaannya yang bercakap bohong itu pemuda tadi sebenarnya ingin berhenti terus dari terus minum arak. Dia sesungguhnya telah menyesal dan insaf melakukan perbuatan yang ditegah oleh agama itu. Dalam penyesalan itu dia berdoa kepada Allah supaya Umar tidak sampai memeriksa isi kendinya yang ditegah oleh agama itu. Pemuda itu masih menunggu sebarang kata-kata Khalifah,"Kendi ini berisikan madu." Kerana tidak percaya, Umar ingin melihat sendiri isi kendi itu. Rupanya doa pemuda itu telah dimakbulkan oleh Allah ketika itu juga telah menukarkan isi kendi itu kepada madu. Begitu dia berniat untuk bertaubat, dan Allah memberikan hidayah, sehingga niatnya yang ikhlas,ia terhindar dari pergolakan Khalifah Umar Al-Khatab, yang mungkin membahayakan pada dirinya sendiri kalau kendi itu masih berisi khamar.

Allah S.W.T berfirman,

"Seteguk khamar diminum maka tidak diterima Allah amal fardhu dan sunatnya selama tiga hari. Dan sesiapa yang minum khamar segelas,maka Allah tidak menerima solatnya selama empat puluh hari. Dan orang yang tetap minum khamar, maka selayaknya Allah memberinya dari 'Nahrul Khabal'."

Ketika ditanya, "Ya Rasulullah, apakah Nahrul Khabal itu?" Jawab Rasulullah, "Darah bercampur nanah orang ahli neraka !"


Betapa hebatnya hidayah yang Allah berikan kepada mereka yang bertaubat. Oleh itu, marilah kita bersama-sama segera bertaubat apabila melakukan dosa agar hidup kita sentiasa memperoleh hidayah dari-Nya....insyaAllah...bersamalah kita berusaha untuk mendapat keberkatan hidup di dunia serta di akhirat kelak...

Hmm...saya ada satu lagi kisah berkaitan dengan taubat....harap dapat memberikan pengajaran serta teladan kepada yang membaca...aminn....

Diriwayatkan bahawa seorang tukang jagal terpesona dengan budak tetangganya. Suatu saat gadis itu mendapatkan tugas menyelesaikan urusan keluarganya di desa lain. Si tukang jagal lalu mengikutinya dari belakang sampai akhirnya berhasil menemukannya. Si tukang jagal lalu memanggil gadis itu dan mengajaknya menikmati kesempatan yang indah itu. Tetapi gadis itu menjawab, "Jangan lakukan. Meskipun sangat mencintaimu, aku sangat takut kepada Allah." Mendengar jawapan itu, si tukang jagal merasa dunia berputar. Kerana menyesal dan sedar hatinya gementar, kerongkongnya kering dan hatinya semakin berdebar, dia lalu berkata
"Kau takut kepada Allah sedangkan aku tidak."

Dia pulang sambil bertaubat. Dalam perjalanan pulang, dia diserang haus dan nyaris mati. Dia kemudian bertemu seorang soleh. Mereka berjalan bersama. Mereka melihat gumpalan awan berjalan menaungi mereka berdua sampai mereka masuk ke sebuah desa. Mereka berdua yakin bahawa awan itu untuk orang yang soleh. Kemudian mereka berpisah di desa tersebut. Awan itu ternyata condong dan terus menaungi si tukang jagal itu sampai dia tiba di rumahnya. Orang soleh tadi hairan melihat kenyataan ini. Dia lalu mengikuti tukang jagal tadi lantas bertanya kepadanya dan dijawabnya juga di tempat itu. Maka lelaki soleh itu berkata,

"Janganlah hairan terhadap apa yang kau lihat, kerana orang yang bertaubat kepada Allah itu berada di suatu tempat yang tak seorang pun berada di situ."

Subhanallah....hebat bukan ganjaran yang Allah berikan kepada orang yang bertaubat... Bersegeralah kita bertaubat dan janganlah kita melengahkan untuk meninggalkan dosa-dosa yang ditegah dan dilarang oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan penerima taubat...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...