Assalamualaikum w.b.t....
Tahukah kita bahwa ada dosa yang lebih besar daripada zina? Saya ada satu kisah yang ingin saya kongsikan hari ini. Kisah ini saya peroleh dari buku kisah-kisah teladan. Saya harap kita mendapat mesej yang cuba disampaikan melalui kisah ini. Alkisahnya....
Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menandakan yang dia berada dalam dukacita yang teramat sangat. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roma muka yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah mencengkam hidupnya. Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam. "Silakan masuk". Perempuan cantik itu berjalan masuk sambil menundukkan kepalanya. Air matanya berderai tatkala berkata, "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa terkejut. "Saya takut mengatakannya" jawab wanita cantik itu. "Katakanlah jangan ragu-ragu!"desak Nabi Musa. Maka wanita itupun bercerita. "Saya....telah berzina." Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Wanita itu meneruskan, "Dari perzinaan itu, saya pun....lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya....mencekik lehernya hingga....mati"ucap wanita itu seraya menangis teresak-esak. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang, dia mengherdik, "Perempuan hina, nyah kamu dari sini! Agar seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik. Wanita berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia keluar dari rumah Nabi Musa dengan perasaan yang amat sedih. Ratap tangisnya amat memilukan. Dia tidak tahu kemana lagi hendak diadu kesedihannya itu. Bahkan dia tidak tahu ke mana harus dibawa dirinya yang hina itu. Bila seorang nabi Allah menolaknya, bagaimana pula manusia lain boleh menerimanya? Terbayang dibenaknya betapa besar dosa, betapa jahat perbuatannya.
Ia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejaman wanita penzina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?. "Ada!"jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?"tanya Musa dengan penuh perasaan ingin tahu. "Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari seribu kali berzina." Mendengar penjelasan ini, Nabi Musa kemudiannya memanggil wanita tadi supaya menghadapnya. Nbi Musa mengangkat tangan dengan khusyu' untuk memohon maghfirah daripada Allah untuk wanita itu. Nabi Musa sedar, bahawa orang yang meninggalkan solat dengan sengaja tanpa sebarang penyesalan adalah seperti berpendapat bahawa solat itu tidak wajib dan tidak perlu didirikan. Beerti dia seolah-olah menganggap Allah tidak berhak untuk mengatur dan memerintahkan hamba-Nya. Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh beerti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Allah pasti menerima kedatangannya.
MasyaAllah...rupanya meninggalkan solat dengan sengaja adalah lebih teruk daripada berzina. Sedangkan zina itu merupakan perbuatan yang sangat terkutuk dan amat dimurkai oleh Allah. Tapi, sengaja meninggalkan solat adalah lebih teruk. Ini menunjukkan bahawa solat itu amatlah penting dan wajib didirikan. Tambahan pula, solat adalah tiang agama. Cuba kita bayangkan bagaimana jika sesebuah rumah itu dibina tanpa tiang? Mampukah rumah itu berdiri dan tegak dengan sendiri? Begitulah juga dengan solat. Semoga kita sentiasa dikurniakan rahmat iman dan islam oleh Allah S.W.T. InsyaAllah...Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment