ahlan wasahlan

bismillahrrahmanirrahim

Saturday, June 25, 2011

9 Jenis Anak Syaitan

Assalamu'alaikum w.b.t...
Selepas membuka akaun facebook saya pada hari ini, saya telah terbaca 1 note yang berkaitan dengan jenis- jenis anak syaitan yang ditulis oleh Pena Nur Islam dan tergerak hati saya untuk share ilmu ini. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu di dada ukhti dan akhi yang membaca. InsyaAllah.

Umar al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:


  1. Zalituun- Duduk di pasar/ kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu

  2. Wathiin- Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap ALLAH S.W.T

  3. A' awan- Menghasut Sultan/ Raja/ Pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/ kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu dengar nasihat para Ulama

  4. Haffaf- Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-temapat maksiat

  5. Murrah- Merosakkan dan melalaikan manusia. Melalaikan manusia dengan muzik sehingga lupa kepada ALLAH S.W.T. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour

  6. Masuud- Duduk di bibir manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang berkenaan mulut

  7. Daasim (Beri Salam Sebelum Masuk Ke Rumah)- Duduk di pintu rumah kita. Jika kita tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga ( suami isteri bercerai berai, suami bertindak ganas memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak di dera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi)

  8. Walahaan- Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwudhuk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain

  9. Lakhuus- Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/ Matahari
Sekian sahaja untuk hari ini. Wallahu a'lam.

Friday, June 24, 2011

Dosa yang lebih besar daripada zina??

Assalamualaikum w.b.t....
Tahukah kita bahwa ada dosa yang lebih besar daripada zina? Saya ada satu kisah yang ingin saya kongsikan hari ini. Kisah ini saya peroleh dari buku kisah-kisah teladan. Saya harap kita mendapat mesej yang cuba disampaikan melalui kisah ini. Alkisahnya....

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menandakan yang dia berada dalam dukacita yang teramat sangat. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roma muka yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah mencengkam hidupnya. Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam. "Silakan masuk". Perempuan cantik itu berjalan masuk sambil menundukkan kepalanya. Air matanya berderai tatkala berkata, "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa terkejut. "Saya takut mengatakannya" jawab wanita cantik itu. "Katakanlah jangan ragu-ragu!"desak Nabi Musa. Maka wanita itupun bercerita. "Saya....telah berzina." Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Wanita itu meneruskan, "Dari perzinaan itu, saya pun....lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya....mencekik lehernya hingga....mati"ucap wanita itu seraya menangis teresak-esak. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang, dia mengherdik, "Perempuan hina, nyah kamu dari sini! Agar seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik. Wanita berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia keluar dari rumah Nabi Musa dengan perasaan yang amat sedih. Ratap tangisnya amat memilukan. Dia tidak tahu kemana lagi hendak diadu kesedihannya itu. Bahkan dia tidak tahu ke mana harus dibawa dirinya yang hina itu. Bila seorang nabi Allah menolaknya, bagaimana pula manusia lain boleh menerimanya? Terbayang dibenaknya betapa besar dosa, betapa jahat perbuatannya.

Ia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejaman wanita penzina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?. "Ada!"jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?"tanya Musa dengan penuh perasaan ingin tahu. "Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari seribu kali berzina." Mendengar penjelasan ini, Nabi Musa kemudiannya memanggil wanita tadi supaya menghadapnya. Nbi Musa mengangkat tangan dengan khusyu' untuk memohon maghfirah daripada Allah untuk wanita itu. Nabi Musa sedar, bahawa orang yang meninggalkan solat dengan sengaja tanpa sebarang penyesalan adalah seperti berpendapat bahawa solat itu tidak wajib dan tidak perlu didirikan. Beerti dia seolah-olah menganggap Allah tidak berhak untuk mengatur dan memerintahkan hamba-Nya. Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh beerti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Allah pasti menerima kedatangannya.


MasyaAllah...rupanya meninggalkan solat dengan sengaja adalah lebih teruk daripada berzina. Sedangkan zina itu merupakan perbuatan yang sangat terkutuk dan amat dimurkai oleh Allah. Tapi, sengaja meninggalkan solat adalah lebih teruk. Ini menunjukkan bahawa solat itu amatlah penting dan wajib didirikan. Tambahan pula, solat adalah tiang agama. Cuba kita bayangkan bagaimana jika sesebuah rumah itu dibina tanpa tiang? Mampukah rumah itu berdiri dan tegak dengan sendiri? Begitulah juga dengan solat. Semoga kita sentiasa dikurniakan rahmat iman dan islam oleh Allah S.W.T. InsyaAllah...Wallahu a'lam.

Wednesday, June 22, 2011

Cara Rasulullah S.A.W makan dan minum

Cara Rasulullah Makan
  1. Cara makan
    Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan, baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu.Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa? Hal ini adalah kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 jenis enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

    Mengapa Rasulullah S.A.W menghisap garam?
    Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut doktor dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

  2. Cara Rasulullah mengunyah
    Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

  3. Membaca basmalah (Bismillahirrahmanirrahim)
    Membaca basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah S.W.T, apabila Bismillahirrahmanirrahim dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.


Cara Rasulullah Minum

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H2O, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.

Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Mari kita mengikut sunnah nabi. Selamat beramal...

Tuesday, June 21, 2011

Salam berlapik


Bismillahirrahmanirrahim....
Apakah hukum bersalaman? Sebenarnya, menurut Islam, berjabat tangan atau bersalaman antara lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan hukumnya adalah sunat kerana bersalaman dapat mengeratkan silaturrahim sesama Islam.

Al-Tabarani meriwayatkan:
Seorang mukmin apabila berjumpa dengan saudara mukminnya lalu melafazkan salam seterusnya mengambil tangan saudaranya lalu berjabat tangan, maka berguguranlah dosa kedua mereka seperti gugurnya dedaun pokok."

Subhanallah...betapa hebatnya kelebihan yang Allah berikan kepada mereka yang bersalaman.

Bagaimana pula hukumnya apabila lelaki dan perempuan bukan mahram bersalaman? Walaupun bersalaman merupakan amalan yang baik, namun Islam sentiasa mengambil langkah berhati-hati. Oleh itu, hukum bersalam antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya adalah haram dan amatlah dilarang.

Sekiranya beralas, bagaimana pula? Dalam peristiwa bai'ah dilarang bersalaman tanpa beralas bahkan dengan beralas dilarang juga dalam sebahagian riwayat, jadi dalam apa jua keadaan tanpa tujuan dan tanpa beralas adalah dilarang sama sekali. Antara dalil-dalil yang mengharamkan lelaki dan perempuan bukan mahram bersalaman:

Daripada Aisyah r.a, katanya:

"Nabi S.A.W telah mengadakan bai'ah (ikrar janji taat setia) dengan sekumpulan wanita melalui ucapan sahaja. Tangan Rasulullah S.A.W tidak pernah menyentuh tangan seorang wanita pun kecuali wanita yang dimilikinya (isterinya)"

Hadis di atas disokong oleh hadis Rasulullah S.A.W bermaksud:

"Sesiapa yang menyentuh tapak tangan seseorang perempuan yang tidak halal kepadanya, maka akan diletakkan bara api di atas tapak tangannya di hari kiamat nanti."

Berdasarkan hadis di atas, meriwayatkan tidak bersalaman adalah lebih baik. Bersalaman hanya dibolehkan kepada lelaki dan perempuan yang mahram sahaja. Bagi lelaki dan perempuan yang bukan mahram walaupun beralas tetap haram. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya fitnah dan sebagai langkah berhati-hati. Sesungguhnya setiap sesuatu yang ditentukan oleh Allah itu mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Justeru, kita perlulah bijak menilai baik dan buruk sesuatu perkara. Wallahu a'lam...

Monday, June 20, 2011

Iman

Assalamualaikum w.b.t...
Iman
bermaksud perbuatan mengakui dengan lisan, membenarkan dalam hati dan mengamalkan segala yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W. Iman merupakan asas agama. Tidak dianggap beragama bagi sesiapa yang tidak beriman. Sesungguhnya iman manusia akan bertambah dan berkurang. Justeru, kita perlulah berusaha untuk memantapkan tahap keimanan kita kepada Allah S.W.T dengan melaksanakan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya.



Al-Hakim meriwayatkan Alqamah bin Haris r.a berkata, aku datang kepada Rasulullah S.A.W dengan tujuh orang dari kaumku. kemudian setelah kami beri salam dan baginda tertarik sehingga baginda bertanya, "Siapakah kamu ini?" Jawab kami, "Kami adalah orang beriman." kemudian baginda bertanya, "Setiap perkataan ada buktinya, apakah bukti keimanan kamu?" Jawab kami, "Buktinya ada lima belas perkara. Lima perkara yang engkau(Rasulullah) perintahkan kepada kami, lima perkara yang diperintahkan oleh utusanmu kepada kami dan lima perkara yang kami terbiasakan sejak zaman jahiliyyah."

Tanya Nabi S.A.W, "Apakah lima perkara yang aku perintahkan kepada kamu itu?" Jawab mereka, "Kamu telah perintahkan kami untuk beriman kepada Allah, percaya kepada Malaikat-nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya, percaya kepada takdir Allah yang baik mahupun yang buruk."

Selanjutnya tanya Nabi S.A.W, "Apakah lima perkara yang diperintahkan oleh para utusanku itu?" Jawab mereka, "Kami diperintahkan oleh para utusanmu untuk bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan engkau adalah utusan Allah, hendaknya kami mendirikan solat wajib, mengerjakan puasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan berhaji bila mampu."

Tanya Nabi S.A.W selanjutnya "Apakah lima perkara kamu masih terbiasakan sejak zaman jahiliyyah?" Jawab mereka, "Bersyukur di waktu senang, bersabar di waktu kesusahan berani di waktu perang, redha pada waktu kena ujian dan tidak merasa gembira dengan sesuatu musibah yang menimpa pada musuh."

Mendengar ucapan mereka yang amat menarik ini, maka Nabi S.A.W berkata, "Sungguh kamu ini termasuk di dalam kaum yang amat pandai sekali dalam agama mahupun dalam tatacara berbicara, hampir sahaja kamu ini serupa dengan para Nabi dengan segala macam yang kamu katakan tadi. "Kemudian Nabi S.A.W selanjutnya, "Mahukah kamu aku tunjukkan kepada lima perkara amalan yang akan menyempurnakan dari yang kami punyai?
Janganlah kamu mengumpulkan sesuatu yang tidak akan kamu makan. Janganlah kamu mendirikan rumah yang tidak akan kamu tempati, janganlah kamu berlumba-lumba dalam sesuatu yang bakal kamu tinggalkan...berusahalah untuk mencari bekal ke dalam akhirat."

Saturday, June 18, 2011

Istilah bohong sunat

Siakap senohong gelama ikan duri
Bercakap bohong lama-lama mencuri

Assalamualaikum w.b.t.....
Mesti pernah dengarkan pantun di atas kan? Sejak kecil lagi kita telah dididik supaya tidak berbohong. Bohong adalah menyatakan sesuatu yang tidak benar dan kita sendiri tahu bahawa hal itu tidak benar. Bohong juga disifatkan sebagai dusta. Menurut pandangan Islam, hukum berbohong adalah haram. Hal ni kerana, orang yang berbohong termasuk dalam golongan orang-orang munafik dan tempat mereka di dalam neraka yang paling bawah.


Dalam hadis riwayat Abdullah Umar, Rasulullah pernah menegaskan 4 sifat orang munafik, iaitu:
  1. Apabila diberi amanah, dia khianat
  2. Apabila bercakap, dia berbohong
  3. Apabila berjanji, dia memungkiri janji
  4. Apabila berkelahi, dia berlaku zalim
Dalam hadis lain yang diriwayatkan Ibnu Mas’ud, Rasulullah bersabda:

“Benar itu membawa kebaikan dan kebaikan itu membawa ke syurga. Yang bercakap benar, akan ditulis benar, yang berbohong akan mendorong seseorang itu kepada kejahatan. Kejahatan itu membawa seseorang ke neraka dan apabila orang itu bercakap bohong, maka dia akan ditulis sebagai seorang yang pembohong.”

Allah S.W.T juga berfirman yang bermaksud:
“Jangan kamu mengikuti sesuatu yang kamu tidak tahu mengenainya. Pendengaran dan penglihatan serta hati akan ditanya mengenai segala yang dilakukannya.”
(Surah Al-Isra’:36)

Namun, Islam itu indah. Islam memberi kelonggaran berbohong dalam keadaan tertentu. Rasulullah ada menyatakan, seseorang yang berbohong dengan niat mahu mendamaikan orang lain atau untuk kebaikan sesama masyarakat, dia tidak dikira berbohong.

Dalam satu riwayat, Ibnu Kalsum berkata, beliau tidak pernah mendengar Rasulullah S.A.W memberi kelonggaran untuk bercakap dalam hal yang tidak benar kecuali dalam 3 perkara:
  1. Ketika peperangan
  2. Untuk mendamaikan masyarakat/organisasi yang bertelagah
  3. Dalam perhubungan suami isteri
Justeru, kita sebagai umat Islam, janganlah menjadikan bohong sebagai amalan untuk menyelamatkan diri sendiri dalam sesuatu keadaan. Walaupun diberikan kelonggaran untuk berbohong, sekiranya boleh dielak, lebih baik dielakkan. Semoga kita dijauhi dari perkara-perkara yang dimurkai oleh Allah. Amin….

Friday, June 17, 2011

Mengapa Rasulullah memilih miskin

Bismillahirrahmanirrahim....


Sebenarnya, orang miskin memperolehi banyak kelebihan. Antaranya adalah orang miskin tidak dihisab dan 2 rakaat orang miskin lebih baik daripada 1000 rakaat orang kaya. Rasulullah S.A.W miskin bukan kerana tidak dapat harta. Sebaliknya, baginda sentiasa mendapat rezeki yang melimpah ruah. Namun, baginda tidak sempat mengumpul harta tersebut. Jika baginda sempat mengumpul harta, pasti baginda sudah menjadi kaya.

Dalam Islam tidak mengapa jika kita mempunyai harta yang banyak, tetapi jangan dibekukan harta itu. Sebab itulah empayar Islam dahulu cepat berlalu dan umat Islam segera membangun, hal ini adalah kerana masing-masing tidak ghairah membolot kekayaan untuk diri sendiri sebaliknya berlumba-lumba untuk mengagih-agihkannya untuk kepentingan masyarakat.

Justeru, Rasulullah meminta untuk menjadi miskin supaya rakyat dan agama Islam menjadi kaya. Begitu juga dalam jemaah perjuangan Islam, individu-individu dan para pemimpinnya, peribadi mereka miskin, tetapi secara lahiriah mereka seperti orang kaya. Sebenarnya, walaupun jemaahnya yang kaya, namun manfaatnya turut dirasakan oleh semua orang. Inilah jemaah yang memperjuangkan Allah sebagai cinta agungnya.

Oleh yang demikian, janganlah kita memandang rendah dan memperlekehkan orang miskin. Barangkali orang miskin itu lebih baik daripada orang kaya. Kepada mereka yang kaya, perlulah bijak dalam menguruskan harta. Belanjakanlah harta ke jalan Allah. Semoga niat kita yang murni kerana Allah itu akan diterima oleh-Nya. InsyaAllah. Renung-renungkanlah dan selamat beramal. Wallahu a'lam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...